|WORLD CUP CHALLENGE|
|ROOKIE|
|LG FLASH GAME|

Apr 8, 2010

Will be updated soon.

kami agak sibuk sekarang dan masih dalam proses untuk menyiapkan tutorial-tutorial terbaru.

harap maaf.
--lehfopingu

Mar 25, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com



Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com

==lehfopingu memilih untuk menceritakan tentang kelebihan lehfopingu.blogspot.com==


Skop lehfopingu.blogspot.com ialah nk share pengetahuan kami dalam programming dan photoshop. Selain share, nk jugala kutip ilmu2 daripada blogger lain.

lehfopingu.blogspot.com..gabungan 2 nama. lehfo dan pingu. kami masih baru dalam bab berblog. Dua2 fresh grad. Masih berhingus n lurus. Xreti nk mencuri masa untuk mengupdate blog. Kalo nk update blog dari ofis, tkt bos nampak. Terniat la juga nk update blog dari rmh. Tapi smapi2 rmh, rasa penat lak. Pas hbs buletin utama, terus tido. Kesudahannya, sampai kini blog kami masih tidak diupdate. walaupun posting xdi update, tp tipa2 hari kami akan menjegah ke blog kami. Manala tau, ada blogger lain tinggalkan komen dan seangkatan dengannya =). Tapi xde pon lagi.

Baru terjumpa blog ni dalam google hujung mgu lepas. Malam ni rasa tergerak pula nk menaip utk contest blog ni. Selain tu, rasa bersemangat pula mlm ni sbb nuffnang ada kuarkan advertise dia kat lehfopingu.blogspot.com =).

lehfopingu.blogspot.com ialah blog ni adalah 1 tanda aras pencapaian peribadi kami. Kelebihan blog lehfopingu, ini adalah karya kami sendiri, dari mengedit gmbar untuk tutorial, header blog, badge..suma hasil kami sendiri.

Ini merupakan 1st step kami dalam berblog. Insyaalah, target kami ialah untuk meningkatkan rating blog ini dari hari ke sehari


--SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA

Feb 3, 2010

Pengenalan kepada Photoshop

photoshop logo

Penghasilan gambar yang yang baik bergantung kepada tahap kreativiti dan kemahiran kita menggunakan photoshop. Fungsi yang terdapat pada Photoshop sangat banyak. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan tahap penguasaan kita menggunakan Photoshop. Photoshop digunakan untuk memanipulasikan image mengikut kehendak kita.

batu maung pulau pinang photoshop
Tidak mengapa jika anda tidak berapa jelas tentang fungsi setiap tools yang ada di dalam Photoshop. Nasihat lehfopingu: tidak perlu belajar tentang fungsi tools Photoshop. Yang penting, anda perlu kerap melakukan tutorial.


Anda boleh request tutorial Photoshop kepada lehfopingu. lehfopingu akan memenuhi request anda.



Tutorial 1: Install Brush Baru

Feb 1, 2010

lehfopingu header


photoshop header lehfopingu
designed by: PINGU
01 FEB 2010

Jan 31, 2010

Pengenalan Kepada Django

Mungkin ramai yang tidak mengenali atau tidak pernah mendengar mengenai Django ini. Django adalah framework kepada bahasa pengaturcaraan Python.

Saya tidak pasti siapa yang mencipta Python dan Django ini. Saya hanya mula mengenali Django dan Python pada bulan Ogos 2009. Tetapi apa yang saya tahu, Django adalah satu framework yang sungguh berkuasa kerana kita boleh membina satu website dalam masa yang singkat sahaja. Dalam 10 minit kita sudah dapat membina satu web blog contohnya. Django menjimatkan masa kerana secara defaultnya Django akan membina bahagian admin @ backend, dan kita hanya perlu menumpukan kepada frontend sahaja.

Saya ingin berkongsi pengetahuan yang saya ada dalam Django ini. Jadi saya akan siarkan tutorial2 dan artikel yang diharapkan akan dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Ini adalah website rasmi bagi Django dan Python. Anda boleh mula dengan menginstall Python dan Django yang latest dari kedua-dua website ini.
http://www.djangoproject.com/
http://www.python.org/

oleh: LEHFO