|WORLD CUP CHALLENGE|
|ROOKIE|
|LG FLASH GAME|

Jan 31, 2010

Pengenalan Kepada Django

Mungkin ramai yang tidak mengenali atau tidak pernah mendengar mengenai Django ini. Django adalah framework kepada bahasa pengaturcaraan Python.

Saya tidak pasti siapa yang mencipta Python dan Django ini. Saya hanya mula mengenali Django dan Python pada bulan Ogos 2009. Tetapi apa yang saya tahu, Django adalah satu framework yang sungguh berkuasa kerana kita boleh membina satu website dalam masa yang singkat sahaja. Dalam 10 minit kita sudah dapat membina satu web blog contohnya. Django menjimatkan masa kerana secara defaultnya Django akan membina bahagian admin @ backend, dan kita hanya perlu menumpukan kepada frontend sahaja.

Saya ingin berkongsi pengetahuan yang saya ada dalam Django ini. Jadi saya akan siarkan tutorial2 dan artikel yang diharapkan akan dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Ini adalah website rasmi bagi Django dan Python. Anda boleh mula dengan menginstall Python dan Django yang latest dari kedua-dua website ini.
http://www.djangoproject.com/
http://www.python.org/

oleh: LEHFO

0 comments:

Post a Comment